← Back to list
Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula
Jun 18, 2020
Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula
Panggung wayang, perkhidmatan kecantikan dan kesihatan di Sabah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Menurut kerajaan negeri, Prosedur Operasi Standard (SOP) tertakluk kepada arahan dan panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia termasuk penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan.
Bagi Ruang Kempen di TV & Radio
SPR disaran beri ruang kepada calon PRK DUN Chini berkempen melalui TV dan radio.
Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen-Pilihan Raya, Syed Ibrahim Syed Noh, kaedah itu beri kebaikan kepada semua pihak termasuk akses kepada pengundi pedalaman.
Baru-baru ini SPR umum SOP khas akan diguna bagi pilihan raya kecil itu ekoran situasi COVID-19 dan PKPP.
Penamaan calon PRK DUN China berlangsung Sabtu ini manakala pengundian pada 4 Julai.
Polis Siasat FB Hannah Yeoh
Polis kini siasat pemilik akaun Facebook Hannah Yeoh kerana mengeluarkan hantaran yang dilapor bersifat menghasut.
Bagaimanapun bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Hannah
Yeoh menegaskan hantaran yang disiasat itu, yang dikaitkan dengannya, adalah PALSU.
Foto: AWANI (sekadar hiasan)
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather