← Back to list
Pesakit COVID-19 Lari Berjaya Ditemui
Jun 19, 2020
Pesakit COVID-19 Lari Berjaya Ditemui
2 warga Indonesia melarikan diri selepas disahkan positif COVID-19 di Kuching, Sarawak.
Mereka dikesan positif wabak itu selepas menjalani saringan bagi permohonan permit kerja.
Namun pasangan suami isteri itu sudah ditahan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.
Terdahulu pihak berkuasa menyarankan majikan melakukan saringan COVID-19 ke atas pekerja asing bagi elak kluster baru.
Hampir Semua Sudah Sembuh
Jumlah kes pulih COVID-19 di Malaysia kini menghampiri 95 peratus.
127 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah besarnya kini 8,000 berbanding jumlah kes jangkitan 8,529.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bilangan kes aktif pula hanya 408 susulan pertambahan 14 kes baru semalam.
Jangan Mudah Terikut-Ikut
Mufti Wilayah Persekutuan minta umat Islam tidak terikut-ikut menyertai Lathi Challenge di laman sosial.
Jelas Dr Luqman Abdullah kepada Harian Metro, ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan.
Foto: BERNAMA
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather