← Back to list
PM lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan
Jun 20, 2020
PM lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan
Foto - TNB
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin luluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berkata, seramai 7.66 juta pengguna dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu.
Malah, seramai 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.
-----
Pertarungan 3 penjuru pada PRK Chini
Foto - FMT
Hanya satu parti politik bertanding pada PRK DUN Chini di Pahang, di mana calon BN Mohd Sharim Md Zain akan berdepan dua calon bebas pada 4 Julai depan.
Dua calon bebas yang bertanding ialah ahli perniagaan, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli.
Proses penamaan calon di Chini pagi tadi mencatat sejarah sebagai PRK pertama di negara ini yang dijalankan mengikut Kebiasaan Baru susulan pandemik Covid19.
-----
SOP pembukaan prasekolah, tabika dan tadika dimuktamad
Foto - Kiddy123
Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas prasekolah, Tabika atau Tadika kerajaan dan swasta ketika menghantar anak mereka bermula 1 Julai ini.
Itu mantara SOP pengurusan pembukaan semula prasekolah, Tabika atau Tadika yang dimuktamadkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara.
Selain itu, pengendali juga harus memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan 'skirting' meja di kelas ketika operasi prasekolah, Tabika dan Tadika.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather