← Back to list
Hari Ini Genap 100 Hari PKP.
Jun 25, 2020
Hari ini genap 100 hari PKP!
Setelah beberapa fasa yang kita lalui, Prof Madya Dr Amer Saddiq Amer Nordin berpendapat, di sebalik cabaran besar, ia sebenarnya telah mendatangkan banyak perkara positif antaranya mewujudkan kasih sayang dan saling membantu sesama masyarakat.
Menurut pakar perunding psikiatri dan psikologi itu juga, PKP turut beri kita peluang berehat secara fizikal dan mental yang mana sukar untuk kita peroleh sebelum ini.
Jangan ambil mudah SOP ketika menganjurkan majlis sosial!
Sesuatu lokaliti akan ditutup jika ada kes positif COVID-19 berkaitan majlis sosial yang dianjurkan termasuk hotel dan restoran.
Justeru, Kementerian Kesihatan mengingatkan semua pihak tidak ambil mudah SOP termasuk penjarakan sosial semasa majlis diadakan.
Bermula Rabu depan kerajaan benarkan majlis sosial antaranya kenduri kahwin dan pertunangan, tahlil, sambutan hari jadi dan 'reunion' diadakan dengan SOP ketat.
Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 akan dilancarkan minggu depan.
Menurut Tekun Nasional, antara syaratnya ialah penerima mestilah penunggang e-hailing berdaftar.
Program itu meliputi pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 untuk beli motosikal baru dan modal pusingan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather