← Back to list
Boleh Tangguh Hantar Anak ke Sekolah
Jul 08, 2020
Boleh Tangguh Hantar Anak ke Sekolah
Tidak dinafikan masih ada ibu bapa yang khuatir untuk hantar anak ke sekolah ekoran COVID-19.
Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beri pilihan untuk murid tidak hadir ke sekolah buat masa ini.
Syaratnya ibu bapa atau penjaga mesti hantar surat menyatakan sebab kepada pihak sekolah.
Rabu depan semua murid sekolah menengah akan kembali bersekolah begitu juga murid darjah 5 dah 6.
Manakala Rabu minggu depan pula murid darjah 1 hingga 4 akan kembali ke sekolah.
Ke Arah Kejayaan
Usaha mengekang penularan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan positif.
Kes sembuh terus meningkat kepada 8,481 atau hampir 98 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Semalam juga tiada kes kematian sekali gus menjadikan jumlahnya kekal 121 untuk 23 hari berturut-turut.
Selain itu 5 lagi pesakit sembuh dan hanya 6 kes baharu dilaporkan.
KKM Perkenal Platform Ala e-hailing
Platform ala e-hailing akan diperkenal bagi mendapatkan khidmat pengamal kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di rumah.
Perkhidmatan itu akan diwujudkan dan diuruskan pihak swasta yang dipilih kementerian.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah ujian darah dan perkhidmatan penjagaan luka khusus.
Foto: SK Lebak
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather