← Back to list
Kluster baru COVID-19 dikesan di Sarawak
Jul 16, 2020
Kluster baru COVID-19 dikesan di Sarawak
Foto - Malay Mail
Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baru COVID-19 dinamakan Kluster Mambong membabitkan sebuah syarikat di Sarawak yang telah menjangkiti dua individu, setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan selepas saringan kesihatan dijalankan terhadap kes kedua, iaitu pekerja di syarikat terbabit.
Sehingga kini, sramai 70 individu sudah dikenal pasti dan disaring dan daripada jumlah itu, 68 individu masih menunggu keputusan.
-----
Premis makanan wajib patuh SOP
Foto - Bernama
Pemilik premis makanan yang menghidangkan makanan secara bufet diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan ada premis yang gagal berbuat demikian.
Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah makanan dihidangkan kepada pelanggan oleh pramusaji atau penyediaan sarung tangan pakai buang kepada pelanggan untuk mengambil makanan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, makanan secara bufet mesti disajikan pramusaji kerana kita tidak mahu senduk makanan itu dipegang bergilir-gilir oleh pelanggan.
-----
LIMA 2021 dibatalkan
Foto - LIMA Exhibition
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA'21) yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 20 Mac 2021 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.
Kementerian Pertahanan berkata, pandemik itu memberikan impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga seluruh dunia dan wabak ini dilihat masih belum dapat ditangani sepenuhnya.
Kerajaan Malaysia selaku penganjur utama LIMA'21 juga sedar akan impak global Covid-19 yang bukan sahaja daripada sudut kesihatan malah memberi kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather