← Back to list
Lagi Kluster Baru COVID-19
Jul 21, 2020
Lagi Kluster Baru COVID-19
Satu lagi kluster COVID-19 dikesan melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes pertama kluster itu babitkan kematian COVID-19 yang dilaporkan kelmarin.
Setakat semalam, 39 individu telah jalani ujian saringan dengan 14 daripadanya disahkan positif virus itu.
Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyahkuman dan nyahcemar di pusat penjagaan terbabit.
Sementara itu, kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan angka 2 digit selepas 21 lagi kes positif direkodkan.
Belum Ada Keperluan
Belum ada keperluan untuk laksana semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal yang lebih ketat.
Pada pendapat Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, buat masa ini yang wajar adalah penguatkuasaan di kawasan tertentu.
Terdahulu Perdana Menteri memaklumkan, PKP lebih ketat mungkin dilaksana jika kes COVID-19 terus meningkat dan semakin ramai abai PKPP.
BSH Fasa 3 Jumaat Ini
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa 3 akan dibuat mulai Jumaat ini dan dikreditkan terus ke akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.
Bagi yang tiada akaun bank, wang boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather