← Back to list
KKM & KPM Kaji Kesihatan Mental Murid
Jul 27, 2020
KKM & KPM Kaji Kesihatan Mental Murid Sekolah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjalankan kaji selidik mengenai kesihatan mental murid sekolah.
Menurut KKM, ia termasuk data murid yang mengalami masalah kemurungan dan tekanan yang membawa kepada hasrat bunuh diri.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan 1 daripada setiap 5 remaja di negara ini mengalami kemurungan.
Manakala 1 daripada setiap 10 remaja mengalami tekanan atau stres.
Tiada Lagi Kompromi
Tiada lagi kompromi untuk individu yang enggan jalani saringan COVID-19 kali ke-2.
Tegas kerajaan, bermua hari ini individu yang terlibat akan ditahan dan didakwa di mahkamah.
Ketika ini hampir 2,900 individu yang menjalani kuarantin di rumah belum tampil membuat ujian kali ke-2.
Susulan kedegilan itu juga, bermulaa Jumaat lalu individu yang tiba dari luar negara kembali diwajibkan jalani kuarantin di pusat yang dikhasnya, bukan lagi di rumah.
Prasarana Sedia
Prasarana sedia memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pengangkutan awam jika diarahkan kerajaan.
Ia termasuk mengurangkan kapasiti penumpang seperti yang dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather