← Back to list
Kerajaan lanjut tempoh moratorium bersasar
Jul 29, 2020
Kerajaan lanjut tempoh moratorium, bersasar
Foto - Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan bersetuju melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus khusus kepada golongan benar-benar memerlukan yang boleh dimohon mulai 7 Ogos ini.
Ini termasuklah untuk individu yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat kerja baru serta individu yang dikurangkan bayaran gaji bulanan oleh majikan.
Bagi peniaga dan golongan IKS pula, bayaran balik pinjaman boleh dikurangkan atau memanjangkan tempoh pinjaman mengikut jenis pinjaman serta situasi.
-----
Lanjutan moratorium, peminjam bebas CCRIS
Foto - The Star
Kelonggaran pembayaran yang diberikan kepada peminjam sepanjang tempoh lanjutan moratorium ini tidak akan dinyatakan dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam.
Bank Negara Malaysia berkata, peminjam dikehendaki memohon secara terus dengan bank masing-masing bagi mendapatkan fleksibiliti pembayaran daripada lanjutan moratorium itu mulai 7 Ogos ini.
Peminjam dengan lebih daripada satu bank pula tidak perlu bimbang kerana mereka boleh dibantu melalui khidmat pusat "sehenti" yang relevan untuk mendapatkan pakej bantuan pembayaran balik yang bersesuaian.
-----
Sekolah masih selamat daripada COVID-19
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Institusi pendidikan seperti sekolah masih dilihat sebagai kawasan selamat daripada penularan wabak COVID-19 ketika ini walaupun dianggap berisiko.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sejak dibuka secara berperingkat bermula 10 Jun lalu, tiada kes jangkitan COVID-19 dikesan di sekolah
Pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi menangani kesesakan di luar sekolah terutama selepas tamat sesi pembelajaran.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather