← Back to list
COVID-19: 5 Sekolah Di Kedah Tutup Sementara
Aug 03, 2020
COVID-19: 5 Sekolah Di Kedah Tutup Sementara
Kerajaan Kedah akan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran di 4 mukim.
Ia sebagai usaha bendung Kluster Sivagangga yang merekodkan 11 kes baru positif COVID-19 semalam.
2 murid sekolah antara yang disahkan positif virus tersebut.
Susulan itu juga MKN Kedah mengarahkan 5 sekolah di Kubang Pasu dan Padang Terap ditutup sehingga 29 Ogos.
Dalam perkembangan berkaitan, kes COVID-19 di negara ini kembali naik ke dua angka iaitu 14.
Ia juga menjadikan kes aktif naik kepada 210, manakala 17 lagi pesakit sudah sembuh.
Pusat Kesihatan Komuniti di Setiap Negeri
Kerajaan bercadang mewujudkan lebih banyak Pusat Kesihatan Komuniti bagi membolehkan akses amalan hidup sihat yang lebih mudah dan murah.
Ia menyediakan khidmat percuma sesi rundingan dan senaman serta peralatan gimnasium kepada penghidap penyakit darah tinggi, diabetis, jantung dan obesiti.
Tular Mengenai Tahap Kesihatan Pak Lah Palsu!
Pegawai khas Tun Abdullah Ahmad Badawi nafi laporan tular mengenai tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
Tun Abdullah, 81 tahun, sebaliknya berada dalam keadaan sihat walfiat bersama keluarga.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather