← Back to list
Bacaan Suhu Di Dahi Paling Tepat - KP Kesihatan
Aug 07, 2020
Bacaan Suhu Di Dahi Paling Tepat - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan menegaskan, alat pengukur suhu badan atau termometer harus digunakan di dahi.
Jelas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ini kerana bacaan suhu badan paling tepat di kawasan itu berbanding tubuh badan yang lain.
Setakat ini juga belum ada laporan kesan sampingan walaupun wujud kebimbangan segelintir masyarakat berhubung penggunaan termometer dahi.
Sementara itu 15 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara.
6 pesakit baru adalah daripada Kluster Sivagangga dan 5 daripadanya melibatkan sebuah keluarga.
Datuk Dr Noor Hisham juga memaklumkan, Sivagangga mungkin merupakan kluster 'super-spreader' kerana ia merebak cepat berbanding kluster yang lain.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengawal peningkatan mendadak kes melibatkan kluster terbabit.
Solat Jumaat di Selatan Perlis Ditangguh
Solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan masjid di zon selatan Perlis ditangguhkan bermula hari ini.
Ia juga bermakna Solat Jumaat di kawasan berkenaan hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah.
Ia berikutan pandemik COVID-19 yang melanda daerah Kubang Pasu di Kedah yang berdekatan dengan selatan Perlis.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather