← Back to list
12 kes baru COVID-19 kluster Sivagangga dikesan.
Aug 08, 2020
Kluster Sivagangga terus merebak
Foto : Awani
Kluster Sivagangga terus catat pertambahan 12 kes baru positif COVID-19.
Perlis jadi negeri paling tinggi dengan 10 kes baru manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing catat 1 kes.
Dalam pada itu, Pulau Pinang kehilangan status zon hijau selepas 91 hari ekoran kes tersebut.
Kes baru COVID-19 kembali ke dua angka, selepas 25 kes dilaporkan semalam.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan sahkan satu lagi kes positif wabak tersebut dikesan di Setapak, KL membabitkan seorang wanita warga asing.
---
Malaysia kaji bantuan untuk mangsa tragedi letupan Lubnan
Foto : Astro Awani
Malaysia akan beri bantuan kepada Lubnan susulan tragedi letupan di Beirut, baru-baru ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Perdana Menteri telah menyerahkan kepada Wisma Putra untuk memikirkan sumbangan terbaik untuk mereka yang terjejas.
Terdahulu, tragedi letupan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 135 nyawa dan mencederakan 5,000 orang manakala puluhan lagi masih hilang.
---
16 maut dalam kemalangan kapal terbang di India
Foto : Reuters
Sebuah pesawat yang membawa 190 penumpang dan anak kapal tergelincir ketika mendarat akibat cuaca buruk di India.
Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 terkorban termasuk juruterbangnya.
Ianya merupakan kejadian terburuk kemalangan kapal terbang di negara itu sejak 2010 apabila hampir 160 orang terkorban dalam insiden yang hampir serupa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather