← Back to list
Lolos PKPD Untuk ke Pasar Raya!
Aug 11, 2020
Lolos PKPD Untuk ke Pasar Raya!
Seorang wanita dikompaun RM1000 gara-gara ingkar arahan PKPD di Kubang Pasu, Kedah.
Dia dilapor menyelinap keluar dari zon itu semata-mata kerana mahu beli barang di pasar raya.
Sarawak Dapat Kelonggaran
Bermula 15 Ogos ini pihak berkuasa benarkan pergerakan antara zon di Sarawak tanpa perlu mohon permit daripada polis.
Ia susulan penurunan kes positif COVID-19 dan tiada jangkitan tempatan direkodkan di negeri itu sejak beberapa hari lalu.
KDN Beri Amaran
Anggota polis yang melindungi kegiatan rumah judi dan perniagaan haram akan berdepan tindakan tegas.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri amaran itu ekoran tular seorang peniaga dedah bukti dikaitkan dengan kegiatan tersebut.
KDN juga telah bertemu dengan peniaga tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang dakwaannya.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather