← Back to list
Tiga penguatkuasa ditahan SPRM, MBSA enggan kompromi
Aug 11, 2020
Tiga penguatkuasa ditahan SPRM, MBSA enggan kompromi
Foto - Malakat Tribune
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedia bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan penahanan tiga anggota penguatkuasanya hari ini.
MBSA dalam satu kenyataan menegaskan, pihak berkuasa tempatan itu tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangannya yang didapati menyalahgunakan kuasa dan tidak berintegriti.
Pihaknya juga menasihatkan kepada orang ramai supaya menyalurkan aduan, sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangan majlis bandaraya itu.
-----
Kes harian COVID-19 kembali ke satu angka
Foto - The Star
Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali mencatat satu angka dengan sembilan kes dilaporkan hari ini yang membabitkan lima kes import dan empat penularan dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif wabak itu ialah sebanyak 9,103 kes dengan kes aktif adalah 169.
Katanya, daripada sembilan kes baru itu, lima adalah kes import manakala empat lagi merupakan penularan tempatan, masing-masing tiga dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan satu di Sabah.
-----
KTMB perkenal sistem tiket baru
Foto - KTMB
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan sistem tiket baru secara dalam talian bagi meningkatkan mutu penjualan tiket bermula 17 Ogos ini.
Katanya, sistem dikenali sebagai KTMB Integrated Ticketing System (KITS) itu diharap dapat meningkatkan jumlah pembelian tiket secara dalam talian dengan lebih lancar dan terjamin.
Pihaknya berharap, sistem baru itu dapat mengurangkan masalah kesesakan penjualan tiket di kaunter selain memudahkan pengguna membeli tiket secara dalam talian.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather