← Back to list
Satu lagi kluster baru COVID-19 di Kedah
Aug 13, 2020
Satu lagi kluster baru COVID-19 di Kedah
Foto - Malay Mail
Satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan di Kedah yang telah menjangkiti sembilan individu daripada satu keluarga.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kluster Tawar kerana bertumpu di Mukim Tawar dekat Baling.
Kes pertama kluster ini adalah lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga dianggarkan dihadiri 30 orang.
-----
Keputusan mutasi virus seminggu lagi
Foto - The Star
Hasil kajian bagi menentukan sama ada virus daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga adalah mutasi D614G akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian 'genomic sequence' memakan masa dua minggu berikutan virus perlu diasingkan dan dikotorkan.
Setakat ini walaupun pihaknya mengesyaki Kluster PUI Sivagangga adalah mutasi D614G berikutan merebak secara cepat dan pantas, tetapi ia belum disahkan sepenuhnya.
-----
Hina polis, individu terbabit wawancara Asri Janggut dipanggil
Foto - Bernama
PDRM akan memanggil semua individu terbabit dalam wawancara peniaga burger, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Menurut Bukit Aman, individu terbabit sudah dikenal pasti membabitkan mereka yang diwawancara, penganjur dan penghasil kedua-dua video.
Sehingga kini, polis telah membuka dua kertas siasatan ke atas Asri Janggut yang dipercayai menghina PDRM dan ATM dalam wawancara tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather