← Back to list
Patuh SOP Elak COVID-19 Bermutasi
Aug 17, 2020
Patuh SOP Elak COVID-19 Bermutasi
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat untuk terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Ia susulan kewujukan mutasi digelar D614G dalam penularan COVID-19 di negara ini yang mana ia 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain.
Sementara itu individu yang dikenakan kompaun kerana tidak pakai pelitup muka boleh rayu pengurangan bayaran.
Justeru ujar Datuk Seri Ismail Sabri, tiada keperluan untuk pinda akta bagi mengurangkan jumlah kompaun tersebut.
Beliau berkata demikian ekoran ada gesaan agar kompaun berkenaan dikurangkan kerana membebankan golongan susah khasnya B40 dan pelajar.
Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Fasa Pertama Bermula
Pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapara bermula hari ini.
Ini merupakan fasa pertama selepas sempadan kedua-dua negara ditutup sementara hampir 6 bulan akibat pandemik COVID-19.
Untuk fasa ini, ia adalah bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara.
Kerajaan juga akan rujuk kepada pihak berkuasa Singapura berkenaan keperluan menyediakan pengangkutan awam.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather