← Back to list
Kluster baru COVID-19 dikesan di ibu negara
Aug 21, 2020
Kluster baru COVID-19 dikesan di ibu negara
Foto - Malay Mail
Satu lagi kluster baru COVID-19 dikenali sebagai Kluster Maju dikesan berpunca daripada dua pekerja sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua mereka yang merupakan kes pertama kluster itu dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang dijalankan di sekitar ibu negara.
Sehingga kini, seorang pelanggan restoran itu telah dikesan di mana dia didapati mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
-----
Harga runcit petrol naik, diesel turun
Foto - Pandu Laju
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen manakala diesel turun dua sen berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 28 Ogos depan.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.80).
Katanya, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-----
Lelaki Bangladesh kontroversi dihantar pulang malam ini
Foto - mStar Online
Lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang mencetuskan kontroversi dalam satu dokumentari terbitan Al Jazeera, akan dihantar pulang malam ini.
Sumber maklumkan Berita Harian, penghantaran balik Md Rayhan ke negara asal dilakukan menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' itu, Md Rayhan mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather