← Back to list
Air Selangor Nafi Tular
Sep 07, 2020
Air Selangor Nafi Tular
Air Selangor nafi beberapa mesej tular dan dakwaan berkenaan isu bekalan air di Lembah Klang ketika ini.
Jelasnya, mesej tular mengatakan bekalan air akan ditutup semula dan catuan akan dilakukan adalah palsu.
Pihaknya juga beri jaminan kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat sekali gus sangkal dakwaan sebaliknya.
Setakat pagi ini 73 peratus daripada hampir 1,300 kawasan terlibat dalam gangguan bekalan air tidak berjadual di 7 wilayah di Lembah Klang sudah pulih sepenuhnya.
Pengguna turut diminta tidak simpan dan guna air berlebihan bagi pastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual.
Bekalan air dijangka dapat dinikmati seperti sedia kala sehari lagi.
Isteri MB Selangor Minta Maaf
Isteri Menteri Besar Selangor mohon maaf kerana muat naik beberapa foto di laman sosial yang didakwa mengguris hati rakyat ketika berdepan isu gangguan bekalan air.
Datin Seri Masdiana Muhamad turut nafi dakwaan kononnya lori tangki Air Selangor yang ada di kediamannya adalah untuk memenuhkan kolam renang.
Jelas Datin Seri Masdiana lagi, beliau bukan mahu bermegah-megah tapi cuma ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor.
Iklan Mesti Berbahasa Melayu
Semua papan iklan di ibu kota mesti guna Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
Tegas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahasa lain turut boleh digunakan tetapi sebagai sub-teks dan saiznya mesti lebih kecil.
Beliau berkata demikian selepas sebuah papan iklan yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama diturunkan baru-baru ini.
Ia diturunkan sendiri oleh syarikat pengiklanan terlibat dan difahamkan semasa dihantar untuk kelulusan DBKL iklan itu berbahasa Melayu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather