← Back to list
Jangan Pendam Sendirian
Sep 10, 2020
Jangan Pendam Sendirian
Isu bunuh diri dalam kalangan masyarakat Msia memang amat jarang dibincangkan secara umum.
Namun Kaunselor Berdaftar, Quek Ser Pin memaklumkan kami, individu yang berpotensi bunuh diri perlu berkongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai.
Tambahnya, rakan-rakan dan ahli keluarga boleh membantu dengan menjadi pendengar yang baik dan menunjukkan kasih sayang.
Bagaimanapun elakkanlah pendekatan mengkritik atau berleter.
Hari ini merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.
Belum Bincangpun Lagi
Kerajaan belum bincang cadangan mengenakan caj untuk pembelian dalam talian.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan pendek itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Menterinya baru-baru ini.
Datuk Zahidi Zainul Abidin dilapor memaklumkan caj perkhidmatan berkenaan dicadang dikenakan untuk pembelian di platform e-dagang.
Ia mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada persatuan pengguna dan menteri lain yang anggap ia tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.
Ini Isu Sebenar, Kata KJ
Masalah sebenar dalam isu pelajar UMS yang terpaksa panjat pokok untuk duduki peperiksaan dalam talian adalah capaian internet dan kemudahan asas di pedalaman.
Justeru ujar Menteri Teknologi Sains Dan Inovasi, Kabinet pada mesyuarat mingguan semalam nyatakan komitmen untuk berusaha memperbaiki masalah itu.
Menurut Khairy Jamaluddin lagi, Kabinet turut bidas kenyataan 2 timbalan menteri baru-baru ini berhubung isu berkenaan yang disifatkan tindak balas yang tidak wajar.
*foto: AWANI
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather