← Back to list
Sekolah di Lahad Datu Tutup
Sep 23, 2020
Sekolah di Lahad Datu Tutup
30 sekolah di Lahad Datu ditutup sementara sehingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak.
Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, ia sebagai Langkah pencegahan COVID-19 di kawasan tersebut.
Semalam Malaysia merekodkan 82 kes baru virus itu dan 60 daripadanya dikesan di Sabah.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu ini tidak perlu ditangguhkan.
Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia masih boleh diteruskan dengan pelaksanaan SOP yang ketat.
Suspek Kes Dera Tampil
Suspek lelaki yang dilihat menghempas seekor kucing kerana memanjat cermin keretanya sudah tampil beri keterangan.
Menurut Polis Kuala Lumpur, ia susulan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak kelmarin.
Perbuatan itu turut menimbulkan kemarahan ramai warganet.
Jika bersalah, lelaki berkenaan berdepan denda sehingga RM50,000 dan penjara sehingga setahun.
foto: Malaysia Gazette, ihsan pembaca & internet
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather