← Back to list
Kerajaan baru Sabah fokus isu COVID-19
Sep 29, 2020
Kerajaan baru Sabah fokus isu COVID-19
Foto - Bernama
Kerajaan negeri Sabah yang baru, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi dan membendung penularan COVID-19 di negeri ini.
Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Noor berkata, beliau melihat pandemik sedang melanda itu sebagai cabaran utama yang perlu dihadapi kerajaan negeri pimpinannya.
Terdahulu, Hajiji mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.
-----
Tugas guru jaga SOP pencegahan COVID-19 di sekolah sahaja
Foto - NUTP
NUTP selar dakwaan pihak mempersoal keberadaan guru bagi memantau kepatuhan pelajar terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 selepas waktu sekolah.
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock menegaskan, tugas guru menjaga pelajar tamat apabila semua urusan di sekolah selesai dilaksanakan dan tanggungjawab itu diserah kepada ibu bapa.
Semalam, tular keratan sebuah akhbar tempatan mengenai pendapat seorang pembaca yang mempersoalkan keberadaan guru untuk mengawal dan memantau kepatuhan SOP pelajar selepas waktu persekolahan.
-----
KPLB cadang wujudkan tabike elit untuk golongan M40
Foto - New Straits Times
Kementerian Pembangunan Luar Bandar cadang mewujudkan tabika elit di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khusus untuk kanak-kanak daripada keluarga golongan pertengahan atau sederhana (M40).
Katanya, cadangan berkenaan dalam proses perbincangan awal dan kementerian itu sedang merangka kertas kerja mengenainya untuk dibentang di Kabinet dalam masa terdekat.
Insiatif itu juga bagi mentransformasikan sebahagian tabika sedia ada ke peringkat lebih baik termasuk daripada aspek modul pengajaran dan pembelajaran, fasiliti serta taraf pendidikan tenaga pengajar.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather