← Back to list
Kes harian COVID-19 tertinggi direkodkan
Oct 02, 2020
Kes harian COVID-19 tertinggi direkodkan
Foto - Malaysia Dateline
Sebanyak 287 kes baru COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah penularan tempatan dengan Kedah merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 129 kes diikuti Sabah 113 kes dan Selangor 31 kes.
Selain itu katanya, dua kluster baru turut dikesan di Selangor iaitu kluster Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).
-----
MB Negeri Sembilan nafi positif COVID-19
Foto - Malay Mail
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya beliau telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki positif COVID-19.
Sebaliknya jelas Aminuddin, beliau disahkan bebas COVID-19 oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan apa yang ditularkan itu adalah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.
Hari ini tular di aplikasi WhatsApp kononnya Aminuddin telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana positif COVID-19.
-----
Harga petrol naik, diesel turun
Foto - RNGGT.COM
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik tiga sen seliter, manakala diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Oktober ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 adalah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.70).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather