← Back to list
Kementerian Kesihatan Sedia Aktifkan Semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.
Oct 05, 2020
Kementerian Kesihatan sedia untuk mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, jika kes terus meningkat.
Buat masa ini, terdapat 36 pusat kuarantin antaranya melibatkan hospital kerajaan dan pusat yang diwartakan MKN seperti MAEPS di Serdang.
Semalam, Malaysia merekodkan 293 kes baru COVID-19 dengan Sabah kekal catat kes tertinggi dengan 126 kes.
Dua kluster baru turut dikesan iaitu Kluster Kau Sing di Tawau, Sabah dan Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor.
Majlis Fatwa Kebangsaan akan bermesyuarat hari ini bagi memperhalusi SOP di masjid dan surau.
Menteri Hal Ehwal Agama berkata ia susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara.
Mesyuarat itu katanya bukan hanya akan membincangkan SOP di kawasan merah sahaja, tetapi di semua kawasan.
Gangguan bekalan air tidak berjadual sekali lagi melanda lebih 270 kawasan di Lembah Klang.
Ini selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi telah dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran di Sungai Semenyih.
Menurut Air Selangor, jangkaan tempoh masa pemulihan bekalan air masih belum boleh dipastikan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather