← Back to list
Majlis Keselamatan Negara Perlu Nilai Semula SOP Aktiviti Sosial Dan Sukan.
Nov 03, 2020
Perdana Menteri arahkan Majlis Keselamatan Negara menilai semula SOP bagi aktiviti sosial dan sukan agar ia diperketatkan lagi.
Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia susulan peningkatan kes positif di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor yang kini menjadi zon kuning atau merah.
Tindakan yang diambil sebelum ini kata beliau telah membantu kawal penularan jangkitan COVID-19 namun, situasi sekarang memerlukan pendekatan mitigasi atau intervensi yang lebih cepat dan berkesan.
7 kes positif Covid-19 dikesan ke atas individu yang sepatutnya bertugas di Parlimen.
Kementerian Kesihatan kesan 7 kes positif Covid-19 daripada saringan yang dijalankan ke atas individu sebelum mereka mengikuti persidangan Dewan Rakyat.
Semalam, sesi persidangan dipendekkan selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif wabak itu.
Jenazah gadis dibunuh di Hulu Terengganu selamat dikebumikan.
Jenazah remaja perempuan yang dibunuh di rumahnya di Hulu Terengganu selamat dikebumikan malam tadi.
Terdahulu, polis tahan seorang pelajar tingkatan 6 yang juga rakan sekolah mangsa bagi membantu siasatan kerana disyaki membunuh.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather