← Back to list
Dua Maut Tanah Runtuh di Villa
Nov 10, 2020
Dua Maut Tanah Runtuh di Villa
2 mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di villa sebuah resort di Tambun, Ipoh.
Kedua-dua mayat mangsa, berusia 30-an ditemui pasukan bomba kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
Ada Harapan PKPB Dipendekkan Jika…
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dipendekkan kepada 2 minggu jika lengkung jangkitan COVID-19 berjaya diratakan lebih awal.
Justeru menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), langkah hadkan pergerakan adalah tindakan terbaik untuk bendung penularan virus tersebut.
Semalam 1,345 pesakit pulih, lebih tinggi daripada kes baru iaitu 972.
Manakala 8 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban meningkat kepada 294.
6 kluster baru dicatatkan melibatkan Sabah, Selangor, Melaka, Johor dan Putrajaya.
KPM Sedia Manual PDP di Rumah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) yang boleh dicapai menerusi portal kementerian.
Ia bagi memudahkan murid juga ibu bapa yang terlibat proses pembelajaran di rumah ketika ini.
Bermula semalam, semua sekolah ditutup ditutup bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.
Perak Benar Solat Jemaah & Jumaat Bersyarat
Semua masjid dan surau di Perak dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan jemaah sepanjang PKPB ini dengan beberapa syarat.
Bagi kawasan yang dikategorikan zon hijau, solat Jumaat dan jemaah boleh dilaksanakan dengan had 40 ahli dalam kalangan pegawai masjid, jawatankuasa dan ahli kariah, manakala zon kuning ditetapkan hanya 23 jemaah sahaja.
Bagi masjid dan surau yang berada dalam zon merah, solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor di kediaman masing-masing.
Untuk zon merah juga, setiap solat fardu pula hanya boleh dilaksanakan 6 orang terdiri dalam kalangan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah.
*foto: JBPM Perak
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather