← Back to list
Gangguan bekalan air lagi!
Nov 10, 2020
Gangguan bekalan air lagi!
Foto - Siakap Keli
Belum sampai 24 jam pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) diluluskan di Dewan Undang Negeri (DUN) Selangor semalam, masalah pencemaran air berlaku lagi.
Terbaru, LUAS memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas tengah hari ini selepas pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.
Air Selangor dalam pada itu memaklumkan, insiden itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah bermula jam 6 petang ini menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.
-----
Jumlah korban COVID-19 di Malaysia cecah 300
Foto - Neuroscience News
Jumlah korban keseluruhan akibat wabak COVID-19 dalam negara kini mencecah 300 apabila enam lagi kematian terbaru dilaporkan hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, bilangan kes baru positif COVID-19 pula kekal pada tiga angka dengan 869 kes dicatatkan hari termasuk satu kes import.
Empat kluster baru dikesan iaitu Kluster Liawan, Kluster Tatahan dan Kluster GK Tawau di Sabah serta Kluster Kube di Kota Bharu, Kelantan.
-----
Isi minyak di pam tidak perlu daftar mySejahtera
Foto - Rnggt
Individu yang melakukan sebarang transaksi di dalam premis stesen minyak atau menggunakan tandas dan surai diwajibkan mendaftar menerusi aplikasi mySejahtera.
Namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengisian minyak di pam menggunakan kad atau aplikasi dalam talian atau pembayaran di tingkap cermin stesen minyak tidak perlu berbuat demikian.
Selain itu, individu yang ke stesen minyak untuk mengepam tayar kenderaan atau melakukan cucian kereta secara automatik juga tidak perlu mendaftar dengan aplikasi mySejahtera.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather