← Back to list
Majlis Anugerah dibenarkan dalam SOP PKPB
Nov 12, 2020
Majlis Anugerah dibenarkan dalam SOP PKPB
Foto - The Star
Penganjuran aktiviti hiburan seperti majlis anugerah termasuk di dalam senarai aktiviti dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan kerana acara berkenaan tiada penonton.
Malah katanya, ia juga tidak membabitkan tenaga kerja asing selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum.
-----
Lagi 919 kes baru COVID-19 dikesan
Foto -
Sbanyak 919 kes baru positif COVID-19 dikesan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 43,791 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama sebanyak 996 kes pula pulih daripada jangkitan wabak itu, hari ini.
Sabah mencatatkan sebanyak 319 kes daripada keseluruhan kes positif pada hari ini diikuti negeri-negeri di Lembah Klang, 224 kes manakala Negeri Sembilan pula mencatat 240 kes.
-----
Polis buru individu lari daripada PKPD
Foto - The Star
PDRM akan mengesan dan menangkap individu yang menghilangkan diri daripada dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 dekat Salak Tinggi, Sepang.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan sudah dikeluarkan dan difahamkan ia mudah dikesan berikutan terdapat majikan yang bersubahat membantu membawa keluar dengan menaiki bas.
Justeru katanya, tindakan bukan saja dikenakan kepada mereka yang melarikan diri, tetapi majikan juga kerana ia membahayakan nyawa orang lain.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather