← Back to list
Amaran Cuaca Buruk
Nov 15, 2020
Amaran Hujan Lebat Untuk Pantai Timur & Johor
Warga Pantai Timur dan Johor diminta waspada dengan cuaca buruk yang dijangka bermula hari ini.
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.
Kawasan terlibat ialah seluruh Terengganu; Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Tumpat, Pasir
Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Perincian Rabu Nanti
KWSP akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 para pencarum Rabu nanti (18 November 2020).
Buat masa ini, perincian mengenai kemudahan itu yang digelar i-Sinar sedang dimuktamadkan bersama pihak berkepentingan.
Permohonan boleh dibuat bermula bulan depan dan amaunnya akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari.
Naik Semula ke 4 Angka
Kes baru COVID-19 naik semula ke 4 angka iaitu 1,114.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabah masih mencatat angka tertinggi diikuti Negeri Sembilan.
2 kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah korban kini 306 orang, manakala 803 lagi pesakit pulih.
4 kluster baru COVID-19 turut dikenal pasti melibatkan Sabah, Kedah dan Pulau Pinang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather