← Back to list
PKPB di Lembah Klang Tak Gagal
Nov 17, 2020
PKPB di Lembah Klang Tidak Gagal
Peningkatan kes COVID-19 khususnya di Lembah Klang tidak bermakna Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan gagal.
Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan dan majoriti kes yang direkodkan melibatkan kluster tapak binaan, bukan dalam komuniti.
Manakala PKP fasa awal tidak dapat dilaksanakan sebab kerajaan perlu mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi kerana 40 peratus sektor ekonomi tertumpu di Lembah Klang.
1,103 kes baru COVID-19 direkodkan di negara ini dan hampir separuh dicatatkan di Lembah Klang.
Mungkin Dapat Balik Kampung
Selepas hampir setahun, guru berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak mungkin berpeluang balik kampung.
Ujar Menteri Kanan Keselamatan, mereka mungkin dibenar rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti sekolah tidak lama lagi.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu akan dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PDRM.
Macau Scam: Lebih 20 Polis Ditukarkan
Lebih 20 anggota dan pegawai polis ditukar tepat kerja kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian dan Macau Scam.
Ujar Ketua Polis Negara, ia adalah tindakan pertama pihaknya terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah.
Tindakan selanjutnya akan dikenakan jika mereka terbukti bersalah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather