← Back to list
PKPD asrama Top Glove bukan 13 ribu pekerja
Nov 17, 2020
PKPD asrama Top Glove bukan 13 ribu pekerja
Foto - The Malaysian Reserve
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dikuatkuasakan di asrama pekerja asing Top Glove di Meru, Klang mulai hari ini hanya membabitkan 5,700 pekerja dan bukannya 13,190 seperti yang dilaporkan.
Dalam satu kenyataan pengeluar sarung tangan getah itu berkata, pekerja yang terjejas mewakili kira-kira 27 peratus daripada jumlah pekerjanya yang seramai 21,000.
Malah, kilang-kilang milik Top Glove di Meru terus beroperasi dengan kapasiti yang rendah dan pekerja yang tidak berada di bawah PKPD bekerja di bawah prosedur operasi standard yang ketat.
-----
Kelantan sedia pusat kuarantin mangsa banjir
Foto - Facebook YB Dr Izani Husin
Kelantan akan membuka sebanyak 45 pusat kuarantin COVID-19 sepanjang musim banjir bagi menempatkan mangsa bencana negeri itu yang dikesan mempunyai gejala virus berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata pusat kuarantin berkenaan juga akan menempatkan mangsa banjir dari zon merah COVID-19.
Secara keseluruhan, Kelantan akan mempunyai 539 pusat pemindahan sementara dan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dengan satu pusat kuarantin di sekolah yang terpilih.
-----
ADUN Bugaya, Manis Muka meninggal dunia
Foto - Astro Awani
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah, tengah hari ini.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun sewaktu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan ekoran masalah buah pinggang.
Manis Muka, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah Semporna mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, dalam saingan tujuh penjuru.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather