← Back to list
Kualiti lulusan STEM akan diperkukuh
Dec 05, 2020
Kualiti lulusan STEM akan diperkukuh
Foto - Harian Metro
Kerajaan akan berusaha memperkukuhkan kualiti lulusan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata minat generasi muda perlu dipupuk untuk menceburi bidang berkaitan teknikal.
Ini kerana kerajaan berhasrat melahirkan lebih ramai pembuat dasar dan juga pemimpin dalam kalangan warga profesional teknikal.
-----
Kelantan merekodkan kluster COVID-19 kelima
Foto - Harian Metro
Satu lagi kluster baru COVID-19 direkodkan di Kelantan dikenali sebagai Kluster Huma membabitkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu.
Dengan kluster terbaru itu, Kelantan kini mempunyai lima kluster termasuk Kluster Hilir, Kluster Cengal, Kluster Mengketil dan Kluster Kube.
Menurut Kementerian Kesihatan, Kluster Huma itu dikesan selepas mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 di Selangor.
-----
Kanak-kanak parah jatuh tingkat empat kuarters
Foto - Ihsan Polis
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun parah terjatuh dari ketinggian tingkat empat kuarters perumahan penjawat awam di Presint 11, Putrajaya, semalam.
Mangsa difahamkan alami patah tulang selangka kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Putrajaya selain berkemungkinan patah tulang belakang dan rusuk.
Ketika kejadian, bapa mangsa yang juga seorang anggota polis sukarelawan di IPD Putrajaya berada di rumah, manakala ibu mangsa sedang bekerja.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather