← Back to list
Dua lagi kluster baru COVID-19 dikesan
Dec 08, 2020
Dua lagi kluster baru COVID-19 dikesan
Foto - Neuroscience News
Kementerian Kesihatan mengesan dua lagi kluster baharu COVID-19 hari ini yang membabitkan beberapa daerah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikesan hari ini ialah Kluster Seruling yang membabitkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling.
Kluster kedua pula ialah Kluster Tapak Bina Darul yang membabitkan daerah Titiwangsa, Cheras serta Lembah Pantai di Kuala Lumpur yang kini sudah menjangkiti 14 individu.
-----
Hukuman mati Azilah Hadri kekal
Foto - Shah Rahimin Rosle (ARN)
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas Azilah Hadri atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 14 tahun lalu.
Ini selepas panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed menolak permohonan semakan perbicaraan semula bekas Unit Tindakan Khas itu.
Ketika menolak permohonan itu, kesemua hakim berpendapat tiada berlaku ketidakadilan dalam kes yang dihadapi oleh Azilah sebelum ini.
-----
Lagi laporan polis ke atas pendakwah selebriti
Foto - Kosmo!
Polis terima satu lagi laporan kes cabul babitkan pendakwah selebriti yang didakwa berlaku hujung tahun lalu sekali gus menjadikan sembilan laporan diterima setakat ini.
Mangsa ialah jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dicabul suspek di sebuah unit studio di Seksyen 7, Disember tahun lalu.
Semalam, suspek direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather