← Back to list
Da’i Syed dibebaskan
Dec 15, 2020
Da’i Syed dibebaskan
Foto - Utusan Malaysia
Da’i Syed dibebaskan hari ini selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.
Pendakwah selebriti itu sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii, mencabul kehormatan dan merogol seorang wanita.
Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, buat masa ini dia mahu berehat sementara waktu dan melepaskan rindu bersama keluarga selepas direman selama 18 hari.
-----
Belanjawan 2021 lulus
Foto - Kementerian Kewangan Malaysia
Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian.
Ia menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir sekaligus menafikan rancangan kumpulan tertentu yang mahu menolak RUU itu bagi meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sebaik keputusan dibacakan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengemukakan permintaan supaya usul RUU Perbekalan 2021 dibacakan kali ketiga dan diluluskan.
-----
Bayi ditikam bapa dijaga JKM
Foto - Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bayi perempuan berusia 18 bulan yang cedera parah ditikam bapanya di Puchong Permai Sabtu lalu diserah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Polis Subang Jaya berkata, bayi berkenaan yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku akibat tekanan dialami suspek kerana berpisah dengan isterinya yang juga ibu bayi pada tahun lalu selain pengaruh dadah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather