← Back to list
Pengecualian cukai jualan kereta penumpang CKD dan CBU dilanjutkan
Dec 29, 2020
Pengecualian cukai jualan kereta penumpang CKD dan CBU dilanjutkan
Foto - Vernon Chan
Pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.
Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu bertujuan bagi terus memacu momentum perkembangan sektor automotif.
Pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus untuk model CBU diumumkan kerajaan dalam inisiatif PENJANA, Jun lalu.
-----
Rampasan daging di Senai bebas unsur kuda, kanggaru atau babi
Foto - MalaysiaKini
Tiada daging kuda, kanggaru atau babi ditemui susulan rampasan di sebuah gudang di Senai, Johor pada awal bulan ini.
KPDNHEP memaklumkan, pengesahan itu diperoleh menerusi hasil laporan pensampelan yang dilakukan oleh Jabatan Kimia.
Pihaknya dalam pada itu berkata, syarikat yang terlibat dengan pemalsuan logo halal daging haram akan didakwa di mahkamah esok.
-----
Kes baru positif COVID-19 kembali melonjak
Foto - Berita Harian
Bilangan kes baru positif COVID-19 kembali meningkat kepada hampir dua ribu apabila 1,925 kes dilaporkan hari ini.
Selangor catat jumlah jangkitan tertinggi dengan 747 kes diikuti Kuala Lumpur, 360 dan Pahang 288 kes.
Jumlah korban keseluruhan turut meningkat kepada 457 apabila dua lagi kematian terbaru direkodkan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather