← Back to list
Polis Akan Lancarkan Operasi Besar-besaran Ke Atas Penunggang Motosikal.
Dec 31, 2020
Operasi besar-besaran akan dilancarkan ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahan lalu lintas dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Negara berkata operasi itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.
la juga akan fokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal hingga mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos yang terlalu bising.
KKR komited atasi masalah jalan berlubang dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.
Kementerian Kerja Raya beri jaminan kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan kerosakan dibuat.
Pihaknya juga sentiasa komited untuk memastikan setiap aduan yang diterima diselesaikan dengan kadar segera tanpa mengira status pengadu.
Terdahulu, pihak JKR mohon maaf kepada Menteri Sains Dan Teknologi, Khairy Jamaluddin yang cedera akibat jatuh terlanggar lubang jalan ketika berbasikal.
Misi #botakchallenge Syed Saddiq berjaya.
Syed Saddiq berjaya kumpul dana RM383,000 untuk beli komputer riba buat keluarga kurang berkemampuan di Muar.
la sekaligus menyaksikan Ahli Parlimen Muar itu tunaikan janji membotakkan kepalanya kerana berjaya lepasi sasaran asal dana RM200,000.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather