← Back to list
Mangsa Banjir Melebihi 26,000
Jan 05, 2021
Mangsa Banjir Melebihi 26,000
Lebih 26,200 mangsa banjir kini ditempatkan di 330 pusat pemindahan di 6 negeri.
Lebih 18,600 atau kira-kira 70 peratus mangsa dicatatkan di Pahang yang juga negeri paling terjejas bencana alam itu ketika ini.
Daerah Maran dan Kuantan paling ramai mangsa iaitu masing-masing lebih 4 ribu orang.
Manakala di Johor terdapat lebih 5,200 mangsa, majoritinya di Kota Tinggi dan Kluang.
Sementara itu mangsa banjir di Pahang dan Johor akan menerima bantuan makanan menerusi program Food Bank Malaysia.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah di 2 negeri itu akan menyelaraskan agihan supaya bantuan sampai kepada kumpulan sasar.
Mungkin Boleh Kuarantin di Rumah
Penempatan pesakit COVID-19 di hospital dan pusat kuarantin menghampiri kapasiti maksimum.
Susulan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menilai persediaan bagi membenarkan pesakit yang tidak bergejala atau bergejala ringan untuk kuarantin di rumah.
Sementara itu angka kematian akibat COVID-19 di negara ini sudah melepasi 500 selepas 7 lagi kematian dilaporkan semalam.
Semalam juga 1,741 kes baru dikesan dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi diikuti Sabah dan Johor.
*foto: AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, Berita Harian, Kosmo & Internet
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather