← Back to list
PRU14 boleh disifatkan sebagai pilihan raya paling meriah dalam sejarah.
Apr 29, 2018
PRU14 boleh disifatkan sebagai pilihan raya paling meriah dalam sejarah.
Seramai 2,333 calon akan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN, mengatasi jumlah calon pada PRU13 dengan beza 432 orang.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 26 calon akan bertanding di 2 kerusi Parlimen dan DUN.
Ini termasuk 3 Menteri Besar iaitu MB Perak, Johor dan Selangor serta Ketua Menteri Pulau Pinang.
SPR juga mengumumkan, calon paling tua yang akan bertanding pada pilihan raya nanti berusia 92 tahun, manakala paling muda berusia 22 tahun.
Selesai tempoh penamaan calon semalam, para calon ada 11 hari untuk berkempen sebelum hari pengundian pada 9 Mei nanti.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather