← Back to list
Peguam sudah dapat berhubung dengan ahli keluarga Datuk Seri Jamal Md. Yunos.
May 27, 2018
Peguam kepada Datuk Seri Jamal Md. Yunos sudah dapat berhubung dengan ahli keluarga terdekat Pengerusi NGO-NGO Malaysia itu.
Ujar Datuk Mohd. Imran Tamrin, beliau akan berusaha meyakinkan Datuk Seri Jamal untuk segera menyelesaikan proses jaminan ke atas tuduhan yang dihadapi.
Sementara itu, Datuk Seri Jamal dalam rakaman suara WhatsApp dilapor menjelaskan, beliau keluar dari hospital kerana sangka proses jaminan kes sudah selesai.
Kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu lagi, beliau masih berehat kerana kesihatannya belum pulih dan berjanji akan beri kerjasama kepada siasatan polis nanti.
Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu di mana lokasinya ketika ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather