← Back to list
Kes kematian Adam Rayqal dapat perhatian ramai pihak.
Jul 06, 2018
Kes kematian bayi lelaki berusia 5 bulan, Adam Rayqal yang ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya di Batu Caves, Selangor baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak.
TPM menegaskan agar semua pengasuh mendapat latihan atau kursus asas bagi menyediakan mereka menjaga bayi atau kanak-kanak.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyarankan agar agensi kerajaan dan swasta juga perlu menyediakan pusat penjagaan anak di pejabat bagi mengelakkan kes seumpama itu daripada berulang.
Bagi Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norshiela Abdullah pula, individu yang ingin mengasuh kanak-kanak perlu meilai diri mereka sebelum menceburi bidang tersebut.
Ekoran kes Adam Rayqal, MB Selangor mahu aspek pelesenan dan pendaftaran pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh dikaji semula demi keselamatan anak-anak yang di bawah jagaan mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather