← Back to list
Ujian memandu mungkin dibuat secara online!
Jul 20, 2018
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan ujian pemanduan secara online.
Menteri Pengangkutan berkata penilaian ujian tersebut akan lebih telus berbanding dengan cara manual yang diamalkan sekarang.
Anthony Loke menjelaskan ini bagi mengurangkan peluang untuk berlakunya gejala rasuah dalam kalangan institusi pemanduan.
Beliau menambah pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu rasuah.
Menurutnya tanggungjawab menangani gejala rasuah tidak seharusnya diletakkan pada bahu SPRM semata-mata, sebaliknya perlu ada proses untuk mengekang sekaligus menghapuskan gejala tidak bermoral itu di peringkat akar umbi.
Anthony Loke juga bersedia dikritik rakyat ekoran ingin memperkenalkan langkah-langkah baru ini.
Beliau berpendapat, sebagai Menteri Pengangkutan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan jumlah kadar kemalangan di negara ini.
Untuk video penuh temubual bersama Anthony Loke, layari Facebook Astro Radio News.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather