← Back to list
Malaysia tunggu respons Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi.
Jul 30, 2018
Kerajaan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung bantuan mencari dan menyelamat mangsa kejadian gempa bumi di negara itu semalam.
TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata setakat ini tiada permintaan bantuan daripada negara itu namun Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA bersedia tawarkan bantuan.
Foto : Awani
Dalam kejadian itu, 14 nyawa terkorban termasuk seorang warganegara Malaysia, Siti Nur Ismawida yang bersama 17 rakannya untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok.
Sharunnizam Md Noor yang bersama dengan satu lagi kumpulan rakyat Malaysia yang ingin mendaki gunung sama bersyukur diri dan ahli kumpulannya tidak alami sebarang kecederaan.
Sementara itu, usaha membawa pulang jenazah Siti Nur Ismawida dengan segera sedang dijalankan.
Untuk berita penuh layari AstroAwani.com
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather