← Back to list
Satu Menteri, 4 Timbalan dilantik isi kekosongan kabinet
Jul 17, 2018
Kabinet baru terima seorang menteri dan empat timbalan menteri, yang mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.
Mereka adalah Pengerusi Amanah Terengganu Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ketua Bersatu P.Pinang Senator Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri, Ketua Bersatu Ketereh Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pengerusi DAP Johor Senator Liew Ching Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.
Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy pula angkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).
Kredit foto : Bernama
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather