← Back to list
RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diluluskan
Apr 05, 2017
Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diluluskan Dewan Rakyat selepas dibacakan buat kali ke-3, semalam.
Di bawah RUU baru itu, pihak ke-3 turut diberi tanggungjawab membuat laporan berkaitan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Ketika ini hanya keluarga terdekat, doktor dan penjaga kanak-kanak diberi tanggungjawab tersebut.
Mahkamah khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan perbicaraan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.
Individu yang rahsiakan maklumat kes jenayah dan penderaan seksual kanak-kanak juga boleh didenda sehingga 5 ribu ringgit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather