← Back to list
Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia
Jan 11, 2017
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
Pemimpin kerajaan dan pembangkang antara yang mengucapkan takziah menerusi laman sosial susulan pemergian mengejut Allahyarham.
Allahyarham Tan Sri Adenan meninggal dunia 16 hari sebelum ulang tahun beliau yang ke-73.
Sarawak kini berkabung selama 7 hari dengan bendera kerajaan dikibarkan separuh tiang, dan esok diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.
Kerajaan negeri memaklumkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching, esok.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather