← Back to list
JPS, Kerajaan Selangor Berkerjasama Atasi Kesan Fenomena Air Pasang Besar
Sep 21, 2016
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan ambil tindakan sewajarnya bersama kerajaan negeri untuk tangani fenomena air pasang besar di Selangor.
Ujar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, antaranya, JPS akan menambah baik benteng di pesisir pantai Selangor berdasarkan peruntukan yang diberi.
Menurut kementerian lagi, fenomena berkenaan sudah dijangka namun paras air naik dengan tinggi kali ini disebabkan banyak faktor bergabung.
Antaranya pertembungan air pasang besar, ombak kuat serta angin kencang.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Selangor akibat fenomena berkenaan kekal melebihi 220 orang.
Kedah dan Perak pula, masing-masing merekodkan lebih 930 dan 100 mangsa banjir.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather