← Back to list
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut meningkat sebanyak 28 peratus di seluruh negara.
Jul 12, 2018
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut meningkat
Jangan hantar anak-anak ke sekolah jika ada tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut HFMD.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor berkata langkah itu penting bagi mengelakkan murid-murid lain daripada dijangkiti.
Dalam pada itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, sebanyak 27,000 kes dilaporkan di seluruh negara dengan peningkatan 28 peratus berbanding tahun lalu.
Tambah beliau bilangan kes di 12 negeri telah melepasi tahap amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.
Sehingga kini, sebanyak 341 buah taska, tadika, tabika dan prasekolah di seluruh negara telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka.
Pelajar sekolah diikat pada sebatang tiang guna akar kayu adalah gurauan.
Berhati-hati dalam gurauan kerana ia boleh membawa padah!
Itu nasihat Ketua Polis Kelantan susulan video viral seorang pelajar sekolah dilihat diikat pada sebatang tiang menggunakan akar kayu.
Kredit foto: Berita Harian
Jelasnya, mereka tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana jika tersilap langkah mungkin boleh memberi kesan termasuk kecederaan.
Siasatan awal mendapati kes itu tiada sebarang unsur jenayah, sebaliknya perbuatan itu hanyalah satu gurauan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather