← Back to list
PKR mungkin letak calon wanita dalam PRK Sungai Kandis.
Jul 13, 2018
PKR mungkin letak calon wanita dalam PRK Sungai Kandis.
PKR mungkin akan letak calon wanita untuk pilihanraya kecil Sungai Kandis, bulan depan.
Namun ujar Menteri Besar Selangor, keputusan akhir akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
Kredit foto: Selangorkini
Sementara itu, BN dan PAS akan berbincang bagi pilih hanya seorang calon pembangkang pada PRK tersebut.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini bagi membolehkan hanya calon yang berpotensi untuk menang sahaja akan bertanding.
UMNO masih enggan dengar suara rakyat.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sifatkan UMNO masih lagi enggan dengar suara rakyat!
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu buat kenyataan menerusi akaun Twitternya, sejak kekalahan besar pada PRU14, parti itu masih memainkan isu perkauman untuk memomokkan orang Melayu.
Kredit foto: Mstar Online
Jelas Khairy, sekiranya perkara itu tidak berubah, UMNO boleh melupakan terus hasrat untuk menawan semula Putrajaya pada PRU15 dan parti itu akan menjadi tidak relevan dalam masa 10 hingga 15 tahun lagi.
Walau bagaimanapun beliau tegaskan tidak akan melompat parti dan akan kekal bersama UMNO untuk mengubah haluan parti itu agar kekal relevan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather