← Back to list
Kementerian Pertahanan saran agar jangan sensasikan kes bunuh seorang warga Palestin di KL, Sabtu lalu.
Apr 25, 2018
Orang ramai disaran agar tidak mensensasikan kes bunuh seorang warga Palestin di KL, Sabtu lalu.
Menurut Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia turut membantu PDRM dalam menjalankan risikan bagi mengesan kedua-dua suspek kes itu.
Semalam, Ketua Polis Negara mengesahkan motosikal berkuasa tinggi yang disyaki digunakan suspek kes pembunuhan itu dijumpai orang awam di sekitar Danau Kota.
Sumber beritahu Berita Harian, kedua-dua suspek kes tersebut dipercayai telah mengkaji rutin harian mangsa termasuk kedudukan CCTV di kawasan tersebut bagi menyukarkan identiti mereka dikesan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather