← Back to list
Kajian pemansuhan hukuman mandatori di negara ini kini di peringkat akhir.
Oct 07, 2018
Kajian untuk mansuhkan hukuman mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada Jemaah menteri.
Foto: NST
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata pelbagai aspek akan diambil kira dalam memastikan hukuman setimpal diberikan kepada pesalah.
Pelaksanaan hukuman mati mandatori di negara ini membabitkan kesalahan dadah, membunuh dan berkaitan pengganas.
Penjelasan tentang isu penguatkuasaan jenayah khalwat akan diadakan esok.
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa nafi keluarkan kenyataan untuk hentikan operasi cegah khalwat dan maksiat lain pada waktu malam.
Jelas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenyataannya sebelum ini telah ditokok tambah pihak tertentu seolah beliau membenarkan maksiat dan perbuatan khalwat.
Beliau akan membuat kenyataan bagi menjelaskan isu berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat esok.
KKM minta penjualan produk salad dihentikan serta merta.
Kementerian Kesihatan minta sebuah syarikat yang keluarkan produk salad untuk pasaran tempatan dan Singapura agar hentikan penjualan dengan serta merta.
Ini selepas Singapura melarang import produk sayuran tersebut kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather