← Back to list
Pusat tahfiz di KL wajib daftar dengan JAWI dan DBKL sebelum 31 Disember.
Sep 27, 2018
Semua pusat tahfiz yang beroperasi di ibu negara wajib daftar sebelum 31 Disember ini.
Ujar Menteri Wilayah Persekutuan, langkah itu adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.
Foto: Kosmo
Mereka perlu mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan DBKL.
Ia susulan beberapa kes serius babitkan pelajar dan petugas pusat tahfiz antaranya kes liwat dan dera.
Datin Seri Rosmah Mansor beri keterangan kepada SPRM hampir 13 jam semalam.
Isteri bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi dan hanya meninggalkan ibu pejabat SPRM lewat malam tadi.
Ini adalah kali kedua Datin Seri Rosmah beri keterangan kepada SPRM berkenaan skandal 1MDB.
PAS akan bertanding di PRK Port Dickson.
PAS mengotakan janjinya iaitu akan letak calon untuk PRK Parlimen Port Dickson menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 Oktober ini.
Keputusan itu dicapai berdasarkan rundingan dalam mesyuarat PAS pusat malam tadi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather